Ko Tai Yun (PPISMP PJA)
Latihan:
Haruskah Dato Lee Chong Wei dikekalkan sebagai jaguh sukan Malaysia untuk Olympic 2016?

Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju bahawa Dato Lee
Chong Wei dikekalkan sebagai jaguh sukan Malaysia untuk Olympic 2016. Walaupun
Dato Lee Chong Wei mungkin boleh mencapai pingat emas jika beliau kekal
mewakili Malaysia bermain acara badminton, tetapi saya berpendapat bahawa
negara kita perlu memberi peluang kepada pemain-pemain badminton yang lain.
Tambahan pula, jika negara kita hanya memberi tumpuan kepada Dato Lee, kita
tidak dapat melatih pemain-pemain yang muda dan bermahir akibat mereka tidak
mendapat tumpuan dan sokongan sama ada daripada negara ataupun rakyat negara.
Saya tetap akan menyokong Dato Lee mewakili negara kita bermain acara
badminton, tetapi untuk Olympic 2016, saya lebih menyokong atlet-atlet yang
baru untuk mencapai kerjaya dan mengharumkan nama negara.
I totally agree with what u said. XD
ReplyDeletehaha^^
ReplyDelete